fbpx

Polis kesan suspek gunting bendera Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai menggunting Jalur Gemilang dipasang berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, usaha sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi tersebut.

“Kita masih berusaha mengesan suspek terlibat. Setakat ini belum ada laporan polis dibuat,” katanya ringkas kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunting Jalur Gemilang dalam kejadian di ibu negara, mendapat kecaman daripada rakyat Malaysia.

Video perbuatan lelaki tersebut dirakam seorang pengguna laman sosial dan menurut penjelasannya, wanita itu memberitahu telah menegur perbuatan tersebut namun dimarahi oleh pelaku.

Menerusi video kedua yang dimuat naik, wanita itu menjelaskan pengguna kenderaan juga telah membunyikan hon terhadap lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI