fbpx

Penumpang cemas, kereta api terlanggar dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta api milik JKNS yang terlanggar dua kenderaan dalam kejadian di jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini. /FOTO IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Puluhan penumpang melalui detik cemas apabila sebuah kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) terlanggar dua kenderaan dalam kejadian di jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 3 petang tadi.

“Kemalangan melibatkan kereta api penumpang, sebuah lori enam tan dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Vigo yang bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu.

“Semua kenderaan bergerak dari arah Luyang menuju ke KKIA. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa serta kecederaan dalam kemalangan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

“Kita sedang menyiasat bagaimana kemalangan ini berlaku dan siapa punca kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI