fbpx

Pemandu SUV bunyikan siren semata-mata untuk pergi tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu yang merakam video SUV tersebut mengekori kenderaan itu sehingga ia diparkir di luar tandas sebuah stesen minyak. – Thaiger

BANGKOK – Sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) tular di media sosial Thailand kerana memaparkan  sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) membunyikan siren dan menyalakan lampu kecemasan semata-mata untuk berhenti di tandas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Klip video tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen selepas dimuat naik di laman Facebook Let Me Know If You Want to Be Famous Return Part 3.

“Kereta ini membunyikan siren dan menyalakan lampu untuk memotong semua kenderaan lain. Ia bertindak demikian dari wilayah Pathum Thani ke  Nakhon Nayok.

“Tiada sebarang kecemasan atau kemalangan jalan raya berlaku pada 14 Ogos lalu, pukul 2 petang (waktu tempatan). Ia dikesan di sebatang jalan berhampiran Pejabat Pengangkutan Darat Wilayah Nakhon Nayok,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Berdasarkan video itu, ia memaparkan SUV tersebut dipandu secara laju sambil memintas semua kenderaan di jalan raya dengan keadaan lampu kecemasan dinyalakan serta siren dibunyikan di sepanjang perjalanannya.

Pemandu yang merakam video SUV tersebut mengekori kenderaan itu sehingga ia diparkir di luar tandas sebuah stesen minyak.

Kelihatan tiga penumpang keluar dari kenderaan itu dan pergi ke tandas dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa.

Kenderaan itu dipercayai milik sebuah jabatan kerajaan negeri atau media tempatan kerana bahagian belakangnya mempunyai pelekat ‘Garuda’, iaitu lambang negara Thailand, pelekat bendera Thailand serta pelekat bertulis ‘berita’. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI