fbpx

Pelajar cemerlang STPM amal bacaan al-Quran sebagai rutin harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SYAFIQAH (kiri) menunjukkan sijil pelajar terbaik STPM 2021 kepada ibunya, Suhaida Yob Hasan, 45, di SMK Agama Perempuan Kangar, hari ini.

KANGAR – Yakin dengan keberkatan bacaan kitab suci al-Quran dan menjadikannya rutin harian menjadi pegangan dan kunci utama kejayaan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di sini.

Nurul Syafiqah Md. Asfendi, 20, berkata, dia akan memastikan dirinya membaca al-Quran walaupun hanya surah pendek seperti al-Fatihah jika sesibuk mana sekalipun.

Anak sulung daripada enam beradik yang memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 berkata, dia turut mengamalkan beberapa surah pilihan.

“Antara amalan dan surah pilihan yang sering dibaca adalah al-Rahman dan al-Waqiah agar mendapat rezeki yang baik dan saya sering membaca al-Quran pada waktu malam.

“Kita belajar-belajar juga tetapi jangan tinggalkan waktu dengan Allah serta solat tepat pada waktu selain lebih memperbanyakkan amalan ketika peperiksaan semakin hampir,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Kangar di sini hari ini.

Nurul Syafiqah antara 18 pelajar cemerlang yang mendapat mata 4.0 PNGK dalam peperiksaan STPM 2021 di seluruh Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI