fbpx

Mohon tindakan terhadap individu gunting bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunting Jalur Gemilang dalam kejadian dipercayai di ibu negara, mendapat kecaman daripada rakyat Malaysia.

Video perbuatan lelaki tersebut dirakam seorang pengguna laman sosial dan berdasarkan pemerhatian, dikatakan ia berlaku berdekatan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Rakaman tersebut dibuat oleh seorang wanita dan menurut penjelasannya, dia memberitahu telah menegur tindakan individu itu namun dimarahi oleh pelaku.

Menerusi video kedua yang dimuat naik, wanita itu menjelaskan, pengguna kenderaan telah membunyikan hon terhadap lelaki tersebut.

“Ramai hon sergah dia, masa ini kereta banyak dan orang susah hendak berhenti.

“Saya hendak buka tingkap pun takut sebab ada anak kecil. Risau dia bawa apa-apa bahaya, lagi kita tidak tahu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai melahirkan rasa marah terhadap perbuatan lelaki itu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sila cari orang ini. Benda Malaysia, bendera negaraku. Sakit hati, geramnya,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Saya dari Indonesia duduk Malaysia. Kenapa jadi sakit hati juga tengok,” ujar seorang lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI