fbpx

Mane masih ingati jasa kakitangan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE menghantar 150 kotak coklat kepada semua petugas di Anfield sebagai tanda penghargaan selama enam tahun dia di kelab berkenaan. – AFP

MUNICH – Penyerang baharu Bayern Munich, Sadio Mane sekali lagi mencuri perhatian ketika menghantar hadiah berupa 150 kotak coklat kepada kesemua kakitangan di bekas kelabnya, Liverpool.

Menurut laporan, selain coklat, pemberian Mane kepada kakitangan Liverpool turut disertakan beberapa keping gambarnya dan bintang Se­negal itu berbuat demikian sebagai tanda penghargaan selepas menamatkan khid­mat enam tahun di Anfield.

“Sadio Mane menghantar 150 paket hadiah kepada semua kakitangan Liverpool. Bermula petugas kebersihan, pengawal keselamatan, semua kakita­ngan lain turut mendapat coklat, potret Sadio dan satu keping kad tulisan tangan,” menurut laporan berkenaan.

Musim ini, penyerang ber­usia 30 tahun itu menyarung jersi Bayern Munich selepas melengkapkan perpindahan dari Liverpool dengan nilai £35 juta (RM189 juta) dan kini sudah pun meledak dua gol dalam tiga aksi awal.

Untuk rekod, sepanjang enam musim di Anfield, Mane berjaya membantu The Reds menjulang pelbagai kejua­raan, Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA, Piala Liga Inggeris dan Piala FA.

Sepanjang 269 penampilan dengan Liverpool, Mane merekodkan 120 gol dan mencipta 49 bantuan jaringan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI