PERCATURAN berani menggunakan cip wildcard seawal minggu kedua (GW2) Fantasy Premier League (FPL) membawa tuah buat pengurus Woodbury FC, Mohammad Khairul Anwar Mohd. Zahrin apabila mengutip antara mata tertinggi Liga Fantasi Kosmo! minggu kedua.
Pengurus yang sudah berjinak dengan dunia FPL sejak musim 2004/05 ini mempertaruhkan arkitek Manchester City, Kevin De Bruyne(KDB).
Baginya, De Bruyne adalah penggerak utama setiap serangan juara bertahan EPL itu berdasarkan taktikal dan strategi yang diterapkan Pep Guardiola.
“Saya guna wildcard awal untuk ambil trio City seperti KDB, Erling Haaland dan Joao Cancelo serta tiga pemain Arsenal kerana jadual dua kelab ini yang agak mudah untuk perlawanan seterusnya.
“Saya guna De Bruyne sebab taktikal Pep bila menyerang guna 2-3-5, Cancelo naik di atas, KDB pun akan roaming bila menyerang,” katanya.