PETALING JAYA – Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menyifatkan penganjuran konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish sebagai tidak bermanfaat dan mahu ia gagal dianjurkan.
Katanya, konsert yang bakal berlangsung pada hari ini (8.30 malam) boleh dilarang dan dihentikan namun tetap juga dilaksanakan.
“Penganjuran yang tiada manfaat pada agama, bangsa dan negara, cukup-cukuplah berhibur sehingga lupa pada tuhan.
“Benda(konsert) boleh dilarang, buat apa nak dianjurkan, semoga konsert ini gagal dianjurkan,” tulisnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, PU Syed juga memuat naik gambar poster konsert jelajah Billie Eilish dengan menutup wajah artis tersebut sebagai tanda protes ianya dilaksanakan di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.