fbpx

Kartel dadah balas dendam culik penguasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli kartel itu tidak lama kemudian bertindak balas terhadap penangkapan. - Polis Negeri Michoacan

BANDAR RAYA MEXICO – Tentera Mexico berjaya memberkas 167 anggota kumpulan kartel dadah Sabtu lalu, namun operasi tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, lapor akbar Daily Star kelmarin.

Menurut laporan, pasukan tentera menahan anggota kumpulan Pueblos Unidos yang mempunyai kaitan dengan beberapa kartel dadah Mexico dalam satu serbuan terbesar negara itu. 

Ia turut menyaksikan rampasan lebih 200 senjata termasuk bom tangan dan pelancar bom tangan.

“Terima kasih atas kerja keras Pengawal Kebangsaan, Tentera Mexico dan pegawai negeri. Kami berjaya menangkap 167 lelaki bersenjata yang mengganggu kestabilan rantau ini,” kata Gabenor negeri Michoacan, Alfredo Ramirez.

Bagaimanapun, misi yang dianggap berjaya itu kemudian disusuli dengan tindak balas agresif daripada ahli lain kumpulan Pueblos Unidos.

Sekumpulan anggota bersenjata dilaporkan mengetuai beberapa konvoi melalui jalan-jalan di bandar Uruapan bagi menuntut pembebasan ahli yang telah ditangkap.

Selain itu, lebih ramai anggota kumpulan Pueblos Unidos bertindak menghalang enam kenderaan peronda Pengawal Kebangsaan sebelum memerangkap dan menculik 25 pegawai hanya beberapa jam selepas anggota kumpulan itu ditahan, dedah pihak berkuasa.

Tidak lama kemudian, rundingan dilakukan antara seorang pemimpin Pueblos Unidos dengan pihak berkuasa yang membawa kepada pembebasan pegawai-pegawai berkenaan. Butiran rundingan bagaimanapun belum didedahkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI