fbpx

Gelandangan parah digigit anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gelandangan di Pekan Gemas yang cedera di bahagian kaki akibat digigit anjing liar, malam kelmarin.

TAMPIN – Seorang gelandangan cedera parah di bahagian kaki dipercayai digigit anjing liar dalam kejadian di Pekan Gemas, malam kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyatakan terdapat seorang lelaki yang digigit anjing.

Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk serta terdapat kesan gigitan anjing di bahagian kaki.

“Anggota kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Difahamkan, sejak lebih tiga hari lalu, banyak orang awam dikejar serta nyaris digigit seekor anjing liar yang dipercayai baharu sahaja melahirkan anak.

Rata-ratanya memohon tindakan segera pihak bertanggungjawab bagi mengelak kejadian buruk berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI