fbpx

FIFA batalkan aksi Argentina, Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Brazil dan Argentina pada September lalu dihentikan ekoran beberapa pemain didakwa melanggar protokol Covid-19. – AFP

RIO – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil keputusan untuk tidak mengadakan aksi ulangan antara Brazil dan Argentina kerana tidak lagi menghadirkan perubahan kepada slot pasukan ke pusingan akhir Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini.

Pada asalnya, perlawanan pusingan kelayakkan itu dilangsungkan September lalu, namun ia dihentikan selepas pegawai kesihatan Brazil ‘menyerbu’ padang dan mendakwa empat pemain Argentina melanggar protokol Covid-19.

Walaupun ada desakan untuk mengadakan perlawanan ula­ngan pada bulan depan, namun perlawanan itu tidak akan beri kesan besar kerana kedua-dua pa­sukan sudah pun layak ke Piala Dunia.

Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) menentang tuntutan FIFA dan kes ini turut dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Perlawanan Brazil-Argentina tidak akan dimainkan. AFA, CBF dan FIFA sudah pun menyelesaikan pertikaian ini di CAS,” menurut kenyataan bersama AFA dan CBF.

Kedua-dua jurulatih, Tite (Brazil) dan Lionel Scaloni (Argentina) berpendapat mereka akan berdepan risiko kecederaan jika perlawanan ini diteruskan ketika saingan Piala Dunia hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Bagaimanapun, sebagai persediaan sebelum kempen Piala Dunia, kedua-dua gergasi Amerika Selatan itu bebas untuk mengatur sebarang aksi persahabatan.

Untuk rekod, Brazil kini bergelar juara lima kali, namun kali terakhir Brazil muncul juara adalah 2002. Argentina pula pernah dua kali bergelar juara dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI