fbpx

Elon Musk beri peminat Manchester United harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk mengejutkan para peminat Manchester United apabila memberi bayangan berminat untuk mengambil alih pemilikan pasukan berkenaan yang hebat dilanda krisis prestasi ketika ini.

Pemilik semasa, keluarga Glazer berdepan tekanan memuncak ketika ini apabila para penyokong mendesak supaya mereka melepaskan pegangan saham kerana dikatakan menjadi punca pasukan berkenaan kini bukan lagi pilihan untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Musk yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dalam satu ciapan di laman Twitter mendakwa tertarik untuk melihat potensi pemilikan kelab yang sudah menjuarai saingan EPL sebanyak 20 kali itu.

“Saya mahu membeli Manchester United, terima kasih,” katanya dalam ciapan berkenaan.

Bagaimanapun, Musk sebelum ini beberapa kali melakukan melakukan ciapan yang tidak berkaitan dengan niat sebagai gurauan semata-mata menyebabkan ia belum dapat dipastikan sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau sebaliknya.

Ciapan berkenaan mendapat ulang ciap sebanyak 28,000 kali, 18,500 kali untuk maklum balas selain meraih bilangan liked sebanyak 150,000 kali.

Beliau yang turut memiliki Space X dikatakan memiliki kekayaan berjumlah £200 bilion (RM1.08 trilion) ketika ini sedang berusaha untuk membeli pemilikan Twitter yang berjumlah £31 bilion (RM167.59 bilion), namun para peminat United mahu beliau mengeluarkan kurang daripada jumlah berkenaan bagi memiliki kelab itu.

Keluarga Glazer menjadi pemegang saham terbesar kelab berkenaan selepas membelinya pada harga £790 juta (RM4.27 bilion) pada 2005, namun penglibatan mereka dalam membentuk saingan Liga Super Eropah mendapat tentangan hebat penyokong sekali gus menyebabkan mereka didesak untuk melepaskan pemilikan berkenaan.

The Red Devils ketika ini dinilai pada harga £1.72 bilion (RM9.3 bilion) dan para peminat mereka memasang impian agar Musk membatalkan hasrat untuk menguasai Twitter sebaliknya menjadi pemilik baharu kelab berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI