fbpx

Dakwaan PATI tebang kayu bakau tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sharenliza (kanan) menyerahkan buku nota simbolik kepada Mohd. Najhan Azman dalam acara serah terima tugas di Maritim Zon Kuala Kurau hari ini.

PARIT BUNTAR – Dakwaan bahawa terdapatnya aktiviti penebangan kayu bakau yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) pada sebelah malam di perairan Kerian adalah tidak benar.

Mantan Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan aduan secara rasmi tentang wujudnya aktiviti seumpama itu.

“Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau tidak pernah menerima sebarang aduan aktiviti yang dikatakan itu.

“Anggota kita bertugas selama 24 jam tujuh hari seminggu termasuk pada hari perayaan menjalankan rondaan pemantauan dan penguatkuasaan di laut perairan Kerian, namun kita tidak pernah menemui kegiatan seumpama ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Serah Dan Terima Tugas Pengarah Zon Maritim di APMM Kuala Kurau di sini.

Menurutnya, selama tiga tahun memulakan perkhidmatan bertugas di Zon Perak Utara mulai 5 Ogos 2018 hingga 14 Ogos yang lalu, tiada sebarang aktiviti penebangan kayu bakau berlaku sebagaimana yang didakwa.

“Ketika mengambil alih dari Pengarah Zon Kuala Kurau yang kelima, saya telah dimaklumkan terdapatnya aktiviti penebangan kayu bakau di Teluk Rubiah di Perairan Kuala Gula pada masa itu.

“Bagaimanapun, perkara itu telah dimaklumkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat dan satu tindakan wajar telah diambil berhubung kejadian tersebut dan ia tidak pernah berlaku lagi selepas itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI