fbpx

8 gajah liar dikesan berkeliaran di Pos Perwor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah penduduk yang dirosakkan gajah liar di Kampung Satut, Pos Perwor di Sungai Siput.

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesan kira-kira lapan ekor gajah liar berkeliaran di sekitar di Pos Perwor, Sungai Siput.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, pemantauan dan kawalan dilakukan oleh Unit Tindakan Gajah Negeri (UTG) Perak di kawasan berkenaan setelah menerima aduan daripada penduduk kampung pada Ahad lalu.

Katanya, tindakan telah diambil oleh UTG dengan menghalau kawanan gajah liar tersebut supaya kembali semula ke hutan berdekatan.

“Hasil pemerhatian, didapati terdapat lapan ekor gajah liar yang bergerak di Pos Perwor. Perhilitan Perak membuat kawalan dan tindakan halau mamalia itu masuk semula ke habitat asalnya.

“Kali terakhir haiwan itu dihalau masuk ke dalam hutan pada pukul 4 pagi kelmarin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan memindahkan haiwan tersebut masuk ke dalam hutan diakui tidak dapat mengatasi masalah itu sepenuhnya sebaliknya hanya bersifat sementara.

“Pemindahan gajah ini hanya dapat mengurangkan sahaja kerana haiwan ini sentiasa bergerak,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak bersendirian masuk dalam hutan dan menjauhkan diri sekiranya gajah masuk ke kampung mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN