fbpx

4 pemancing berdepan detik cemas bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pemancing yang terselamat selepas bot mereka terbalik ketika berada di perairan Pulau Tengah, Mersing, petang semalam.

MERSING – Empat pemancing berdepan detik cemas selepas bot dinaiki terbalik akibat cuaca buruk ketika berada di perairan Pulau Tengah, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, kesemua pemancing yang sempat memakai jaket keselamatan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sebelum dibantu pelancong yang beriadah di kawasan berhampiran.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Mersing menerima aduan daripada pengurus sebuah resort di pulau memaklumkan terdapat empat pemancing rakyat tempatan terkandas di pulau tersebut ekoran insiden itu.

“Mangsa, Faizal Dollah, 43, Mohamad Fairuz Daron, 35, Mohd Rizal Hassan, 34, Mohamad Asyraf Ali, 33 yang semuanya berasal dari Mersing telah ditemui dalam keadaan selamat serta tiada kecedaraan dilaporkan.

“Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai dialukan untuk menyalurkan sebarang kecemasan dan aduan jenayah melalui talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI