fbpx

22 notis dikeluarkan dalam Op Premis Bersih di SPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tumpahan makanan yang tidak dibersihkan antara kesalahan yang dikesan dalam Op Premis Bersih di sekitar Bukit Mertajam kelmarin./FOTO FB JKNPP

SEBERANG PERAI – Sebanyak tujuh premis makanan diperiksa dengan 22 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dalam Op Premis Bersih peringkat daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini kelmarin.

Operasi oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (UKKM PKDSPT) itu memfokuskan tiga lokasi utama iaitu di sekitar Jalan Permatang Rawa, Kubang Semang dan Bandar Perda di Bukit Mertajam.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan berkata, antara kesalahan yang dikesan dalam operasi tersebut termasuk di bawah Peraturan 11(2) iaitu menggaji pengendali makanan tanpa suntikan anti-tifoid dan latihan pengendali makanan serta kesalahan di bawah Peraturan 32(3) iaitu tidak memakai pakaian perlindungan diri yang lengkap.

“Kesalahan lain yang turut dikesan adalah di bawah Peraturan 33(2) iaitu memakai perhiasan diri semasa mengendalikan makanan selain kesalahan di bawah Peraturan 34(2) iaitu tidak mengekalkan premis dalam keadaan bersih.

“Jumlah keseluruhan tawaran kompaun di atas kesalahan-kesalahan ini pula adalah sebanyak RM 8650,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu katanya, adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pengusaha premis makanan untuk memastikan bahawa premis makanan mereka berada dalam keadaan bersih pada setiap masa selain mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Difahamkan, operasi berkenaan disertai oleh lapan anggota penguatkuasa dari perjawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di PKDSPT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI