fbpx

Treler bir terbalik, nilai kerugian RM189,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui sebilangan peti botol bir yang pecah dengan nilai anggaran 1.5 juta baht (RM189,172) berselerak di sekitar treler tersebut. - KhaoSod

BANGKOK – Sebuah treler yang membawa muatan bir bernilai 1.5 juta baht (RM189,172) terbalik ketika dipandu melalui satu selekoh tajam di wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand semalam, lapor laman berita Thaiger.

Pemandu treler itu dilaporkan mati di tempat kejadian. 

Balai Polis Peuai Noi menerima panggilan pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) mengenai sebuah lori membawa muatan minuman keras yang terbalik di daerah Pueai Noi.

Polis dan doktor dari Hospital Peuai Noi serta anggota penyelamat dari Yayasan Phuttayan Ban Phai bergegas ke lokasi kejadian, namun pemandu, Apichat yang berusia 44 tahun telah meninggal dunia.

Polis menemui sebilangan peti botol bir yang pecah dengan nilai anggaran 1.5 juta baht (RM189,172) berselerak di sekitar treler tersebut.

Anggota penyelamat terpaksa menggunakan peralatan pemotong untuk mengeluarkan mayat Apichat daripada serpihan kenderaan berat itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI