fbpx

Tak sempat seludup 2.7 tan minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Kelantan memeriksa minyak masak peket yang dirampas di dalam sebuah lori di Peringat, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN KPDNHEP

KOTA BHARU – Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori dicekup selepas dipercayai cuba menyeludup sebanyak 2,720 kilogram minyak masak peket semasa mereka tiba di kawasan simpang tiga di Peringat di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 40-an dan 50–an itu ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menjalankan Op Bersepadu bersama Polis Marin Wilayah Tiga (PPM) Pengkalan Kubor serta dan Tok Bali Pasir Puteh kira-kira pukul
3.20 petang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Aswadi Jaafar berkata, semasa menjalankan rondaan, pihaknya mengesan sebuah lori jenis Isuzu dari arah Pauh Lima menuju ke Peringat dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa bertindak mengekori lori tersebut selama 20 minit sebelum menahan kenderaan itu untuk melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan telah menemui sebanyak 2,720 kilogram minyak masak paket dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM6,800.

“Kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen, lesen, maklumat atau resit sebagai bukti pemilikan barang kawalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aswadi, pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka akan membawa minyak masak itu ke stor transit sementara di sempadan sebelum menyeludup keluar bahan tersebut melalui pangkalan haram.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI