fbpx

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis yang cedera dibawa ke hospital di Narathiwat. - ABDULLAH BENJAKAT

BANGKOK – Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat kelmarin, kata polis seperti laporan akhbar Bangkok Post semalam. 

Letupan pertama berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) kira-kira 500 meter dari Kampung Khok Kai. Seorang wanita tempatan yang merupakan penoreh getah, Pathum Nakthong cedera parah dalam kejadian itu.

Pasukan polis, renjer dan unit pemusnah bom (EOD) dikerah ke kebun getah tersebut. Sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) ketika mereka membersihkan kawasan terbabit, sebutir bom lain pula meletup pada jarak 200 meter dari bom pertama.

Sarjan Mejar Somchai Daeng-ngoen daripada Kompeni Renjer 4818 terbunuh dalam letupan kedua itu. Bahan letupan kedua mungkin dipasang untuk membunuh mereka yang bertindak balas terhadap bom pertama.

Tujuh anggota polis turut cedera termasuk Leftenan Kolonel Polis, Wasan Panphot dan penduduk awam.

“Perdana Menteri, Prayut Chan-o-Cha amat sedih dengan kehilangan nyawa anggota renjer dan kecederaan yang dialami anggota polis serta penduduk awam,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Kongcheep  Tantrawanich dalam satu kenyataan di Bangkok.

Prayut katanya, telah  mengarahkan pegawai-pegawai daripada Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Rantau 4 Hadapan untuk melawat lokasi kejadian dan mengembalikan ketenteraman secepat yang mungkin.

Menurut beliau, semua yang cedera dibawa ke hospital berdekatan,  manakala waris anggota renjer yang meninggal dunia akan menerima bantuan kerajaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI