fbpx

Remaja autism hilang 4 hari selepas keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja autism, Nur Elyana Adryna hilang sejak Sabtu lalu selepas meninggalkan kediamannya di Bandar Putra, Kulai.

KULAI – Seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit autism dilaporkan  hilang sejak empat hari lalu selepas bertindak keluar daripada kediaman keluarganya di Bandar Putra, di sini.

Bapa tiri kepada remaja berkenaan, Mohd. Azmi Abdullah, 40, memberitahu, keberadaan Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, gagal dikesan sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, dia sudah mencari remaja berkenaan selama empat hari di sekitar Kulai sehingga ke Johor Bahru namun masih gagal.

“Sabtu lalu, dia keluar sendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika saya sedang tidur, manakala isteri telah keluar bekerja.

“Saya sangat risau kerana bimbang perkara buruk berlaku kepada dirinya. Kebiasannya apabila kakak (Nur Elyana Adryna) keluar rumah, dia akan kembali pada sebelah petang, tetapi ini sudah empat hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Azmi berkata, susulan itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berhubung kehilangan kakak dan pesanan yang diterima itu.

Sehubungan itu, Mohd Azmi berharap masyarakat dan pihak berkuasa dapat membantu untuk mencari keberadaan anaknya anak keduanya itu agar dia segera ditemui dalam keadaan selamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI