fbpx

Peniaga koyakkan baju ‘kucing gemuk’, berang harga ditawarkan murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video peniaga pakaian terpakai mengoyakkan baju kucing yang dikatakan melebihi RM80 jika diikutkan harga semasa.

PETALING JAYA – Seorang peniaga ‘bundle’ tidak dapat mengawal kemarahannya lalu mengoyakkan dua helai baju yang dijual secara bidaan ketika melakukan siaran langsung di Facebook semalam.

Peniaga itu bertindak demikian kerana harga yang tawarkan RM80 ketika bidaan sangat rendah dan masih tidak mencapai harga semasa pakaian itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan perkara itu adalah sebagai ‘adat’ dalam berniaga.

“Manusia bila marah dia akan menutup minda akal dan fikiran. Dalam berniaga kalau dah tak boleh untung jual hingga pulang modal dikira cukup sudah,” kata @razmanlmr

“Aku tak kesian dekat baju tu, tapi aku kesian dekat penjual, dia mesti ada masalah lain tapi nak cari duit juga. Sepatutnya bertenang, dah tenang sambung jual balik,” kata @AkidoFigger.

“Mental koyak berniaga. Sabar, rezeki Allah yang bagi. Berniaga ada pasang surutnya. Tak perlu tunjuk diri macam tu sangat,” kata @ZaidiZailani. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI