fbpx

Penduduk bantah projek jalan raya 5 tahun belum siap di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan jalan Pluak Daeng-Bor Win yang belum siap dibina. -Sorayuth Suthatsanachinda

BANGKOK – Kira-kira 1,000 penduduk berkumpul di Jalan Pluak Daeng-Bor Win di wilayah Rayong, Thailand bagi membantah projek jalan raya selama lima tahun yang belum siap sehingga menjadi lokasi kejadian 10 kemalangan maut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ahad lalu, wakil rakyat tempatan, Chairat Ngentuam menjemput penduduk yang terjejas akibat Jalan Menang Pluak Daeng-Bor untuk mengadakan bantahan di kawasan projek itu.

Mereka berkumpul dengan memegang sepanduk memaparkan ayat ‘3 kematian akibat kecuaian’, ‘Jalan memusnahkan paru-paru, ‘Jalan tidak pernah siap’ dan ‘Kami kehilangan kedai’.

Menurut laporan media, projek itu bertujuan memanjangkan jalan sepanjang 16.46 kilometer daripada dua lorong kepada empat lorong.

Chairat berkata, projek itu bermula pada 4 September 2017 dan dijangka siap 10 Disember tahun ini. Meskipun mempunyai baki tiga bulan untuk disiapkan, namun hanya 50 peratus daripadanya telah siap.

Menurut Chairat, Jalan Pluak Daeng-Bor Win adalah jalan utama menuju ke Kawasan Perindustrian Pantai Timur wilayah itu, tempat penduduk tempatan bekerja. 

Tambahnya, projek itu telah menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan tersebut selain banyak kedai dan restoran yang terletak di sepanjang jalan terpaksa ditutup.

Sementara itu, Pengarah Biro Pembinaan Jalan Jabatan Jalan Luar Bandar, Yongyut Paeengmueng menjelaskan bahawa projek itu tertangguh kerana paip air utiliti awam lama dan tiang elektrik menghalang kerja-kerja pembinaan. 

Yongyut berkata, syarikat itu baru sahaja selesai menyelesaikan masalah berkenaan pada Oktober tahun lepas.

Dia turut menyalahkan Covid-19 sebagai satu lagi sebab ke atas kelewatan itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI