fbpx

Pemandu lori treler maut kenderaan terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba BBP Selama dan Serdang mengunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan di KM9 Jalan Kubu Gajah-Sungai Dendang, Selama hari ini. - Foto Ihsan Bomba Perak

LARUT – Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya mengalami kecederaan setelah lori yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 9 Jalan Kubu Gajah-Sungai Dendang Selama Perak kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd. Sabri Saad berkata, lori jenis Scania P410 dengan muatan penuh minyak sawit yang dipandu Noor Hadi Mohd, 38, dan kelindannya, Kamarusin Abd. Aziz, 46, sedang dalam perjalanan ke arah Kubu Gajah.

“Siasatan awal mendapati, ketika sampai di kawasan selekoh di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah hilang kawalan dan terus melanggar tiang elektrik yang berada di sebelah kanan jalan sebelum terbabas di bahu jalan lorong yang sama.

“Kedua-dua mangsa telah tersepit dalam kenderaan dan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama dengan bantuan BBP Serdang mengambil masa dua minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Noor Hadi yang beralamat di Ipoh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian dada.

“Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Selama bagi menjalani rawatan dan mayat pemandu lori itu telah dihantar ke bahagian forensik untuk dibedah siasat,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI