fbpx

Ops Bersepadu: 8 PATI, tekong diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan pada operasi bersepadu PDRM dan DBKL di sekitar Pasar Borong KL hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang tekong darat termasuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas beberapa jam tiba di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, kesemua PATI terbabit ditahan dalam Ops Bersepadu PDRM bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imigresen Malaysia di pasar borong berkenaan.

“Kita memeriksa seramai 400 individu di sekitar pasar borong ini dan berjaya menahan seorang lelaki dipercayai tekong darat warga tempatan berusia 40-an dan lapan PATI yang baru sampai di pasar borong ini.

“Mereka dipercayai tiba sekitar pukul 5 pagi tadi dari utara dan dibawa oleh seorang lelaki tempatan berusia sekitar 40-an,”katanya dalam sidang akhbar di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jelasnya, operasi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan gengsterisme, kongsi gelap dan pengedaran dadah dalam kalangan warga asing selain mengekang kemasukan PATI di sekitar kawasan terbabit.

“Selain itu, kita juga melakukan ujian urin kepada warga asing yang diperiksa dan mendapati seramai 18 individu positif dadah.

“Dari segi aktiviti gangsterisme di sini didapati tiada mana-mana pihak yang memonopoli kawasan ini, cuma mereka bersaing untuk mendapatkan kerja dan berlumba-lumba menguasai pasaran perniagaan,” katanya.

Sehubungan itu, polis akan terus membuat pemantauan dan operasi penguatkuasaan di lokasi yang menjadi tumpuan PATI bagi meningkatkan keselamatan semua pihak di pasar borong tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI