fbpx

Nicholas Saputra gugup main senjata sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICHOLAS kini muncul dengan filem baharu berjudul, Sayap-Sayap Patah.

AKTOR tampan, Nicholas Saputra mengakui berasa sangat gugup ketika melakonkan watak sebagai seorang anggota polis bernama Adji dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Sayap-Sayap Patah.

Pelakon berusia 38 tahun itu gementar kerana buat pertama kalinya perlu menggunakan senjata api sebenar.

“Ini pertama kali saya memegang senjata api sebenar. Perasaannya sangat gugup dan gementar lebih-lebih lagi kerana terdapat adegan tembak-menembak.

“Sebelum berlakon, saya juga sempat mempelajari teknik mengendalikan senjata api dengan betul untuk memantapkan lagi watak Adji,” ujarnya.

Nicholas juga mengakui perlu bertanggungjawab memainkan peranan sebagai anggota ‘baju coklat’ (polis) dengan penuh wibawa supaya tidak merendah-rendahkan pasukan keselamatan Indonesia.

“Saya tidak pernah tahu tentang dunia polis. Jadi saya perlu memainkan wataknya dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI