fbpx

Lanjut 3 bulan, gagal berdepan tindakan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyana ketika sidang akhbar hari ini

KLANG – Peniaga dan juga pihak pengurusan kuil di sekitar Pandamaran diberikan tempoh tiga bulan lagi untuk berpindah atau bersedia dikenakan tindakan mahkamah sekiranya gagal mematuhi arahan diberikan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Timbalan Yang Dipertua MPK, Elya Marini Darmin berkata, pihaknya tidak lagi akan berkompromi terhadap mereka memandangkan ada di antara mereka sudah membina kedai serta kuil di tanah haram.

“Kalau ikut pengazetan kawasan, kawasan kedai dan kuil mereka itu adalah tanah yang telah digazetkan sebagai tapak tanah kawasan perumahan. Malah difahamkan ada di antara mereka sudah bina kedai di kawasan tersebut lebih 20 tahun.

“Sebelum ini pun, MPK pernah keluarkan notis sama kepada mereka setelah terima aduan daripada penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui Bengkel Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang di Dewan Hamzah MPK, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Elyana memaklumkan MPK memberi lanjutan sehingga tiga bulan kepada pemilik gerai serta kuil ini selepas mereka membuat rayuan kepada mereka.

Ujarnya, MPK akan mengeluarkan beberapa lagi notis sama kepada mereka sebelum membawa kes tersebut ke mahkamah untuk tindakan sewajarnya sekiranya masih enggan berpindah.

“Kita akan bertindak mengikut keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah,” tegasnya.

Kosmo! hari ini melaporkan sekumpulan 25 peniaga termasuk pihak pengurusan kuil di Pandamaran di sini memohon diberikan lebih masa selepas MPK mengarahkan mereka supaya mengosongkan premis untuk tujuan pembangunan.  -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI