fbpx

KL City sedia manfaat peluang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL City akan mendapat laluan pintas pada aksi separuh akhir antara zon sekiranya mereka berjaya mengatasi Makassar pada aksi final zon ASEAN. – FB KUALA LUMPUR CITY

 

PENGGANTUNGAN Persekutuan Bola Sepak India (AIFF) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membuka peluang lebih luas buat Kuala Lumpur City mara lebih jauh dalam sai­ngan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini.

Berdasarkan laluan KL City kali ini, jika berjaya melepasi final zon Asean menentang PSM Makassar, 24 Ogos ini, mereka dijadualkan bertemu wakil India, ATK Mohun Bagan di separuh akhir antara zon yang dijadualkan bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard berkata, berita ini beri suntikan semangat buat pemain, namun keterujaan tidak boleh melampaui batas kerana masih ada tugasan lebih penting pada pertemuan dengan PSM Makassar.

“Saya rasa sangat penting untuk kelab fokus menentang PSM Makassar. Walaupun mungkin motivasinya lebih selepas me­ngetahui tentang keadaan Mohun Bagan, tetapi keseluruhan fokus perlu diberikan terhadap PSM Makassar,” katanya ketika dihubungi semalam.

FIFA menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasminya semalam meng­umumkan AIFF kerana didapati berlaku campur tangan pihak ketiga dalam urusan badan induk berkenaan.

“FIFA secara sebulat sua­ra memutuskan menggantung AIFF berkuatkuasa serta merta kerana pengaruh pihak ketiga, sesuatu pelanggaran yang serius mengikut Statut FIFA.

“Penggantungan ini akan ditarik balik selepas satu jawatankuasa pentadbir baharu ditubuhkan. Oleh itu, Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun yang dijadualkan berlangsung di India 11 hingga 30 Oktober ini juga tidak boleh diadakan,” katanya.

Ekoran berita penggantu­ngan ini, skuad kendalian Bojan Hodak akan mendapat ‘jalan pintas’ ke final antara zon jika berjaya menewaskan Makassar dan dijadual­kan bertemu sama ada kelab Hong Kong, Eastern, FK Khujand (Tajikistan) atau pun Sogdiana Jizzakh (Uzbekistan).

Untuk rekod, KL City mara ke final zon Asean selepas mengetepikan kelab Vietnam, Viettel FC 6-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat tanpa ja­ringan dalam tempoh 120 minit permainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI