fbpx

Kereta kuda diraja sertai Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Selepas 17 tahun tidak digunakan, kereta kuda diraja bakal turut serta perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.

Kereta kuda Diraja itu akan dinaiki Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke Dataran Merdeka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kereta kuda itu digunakan kali terakhir oleh Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada tahun 2005.

“Itu adalah antara pengisian utama sambutan perarakan Hari Kebangsaan 2022 selain beberapa perarakan lain. Selain itu, terdapat juga 30 kereta antik yang akan menyertai perarakan kali ini yang membawa 30 tokoh negara dan selebriti terkenal tanah air,” katanya di sini tadi.

Katannya, turut diraikan pada sambutan sama ialah raja pecut 100 meter negara iaitu Muhammad Azeem Mohd. Fahmi yang akan membacakan ikrar pada hari berkenaan.

“Selain itu, barisan pelakon utama filem Mat Kilau juga akan turut serta pada perarakan sama termasuk perarakan dua buah Bas Hop-On Hop-Off memuatkan wira dan wirawati sukan negara pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 lalu.

“Konsep Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) kali ini akan melibatkan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti penyertaan Komuniti Orang Asal, chef terkenal Malaysia dan pastinya barisan petugas hadapan yang berperang melawan Covid-19,” ujarnya.

Annuar berkata, buat julung kalinya juga, upacara menaikkan Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku akan diiringi Orkestra RTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani serta 65 ahli muzik lain.

“Sambutan itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian disertai artis terkenal tanah air termasukb Marsha Milan, Ara Johari, Amos Paul, Suki Low, Aina Abdul, Naim Danial, Amir Masdi, Masya Mashitah, Sufi Rashid dan Liza Aziz selain Alif Satar & The Locos.

“Turut ditampilkan juga perarakan kereta berhias dipersembahkan hasil kerjasama kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta seperti Petronas dan Tenaga Nasional Bhd, wakil syarikat penyedia telekomunikasi dan watak-watak animasi popular negara,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI