MENDEPANI kehidupan sebagai seorang selebriti di Korea Selatan bukannya mudah kerana walaupun tanpa berbuat apa-apa, tetap akan dikecam oleh netizen yang berhati busuk.
Situasi itulah yang pernah dialami Hyoyeon suatu ketika dahulu apabila kerap menerima komen jelik daripada individu tidak bertanggungjawab.
“Tanpa tahu kebenaran tentang diri saya, mereka tulis perkara buruk. Selalunya berdasarkan gosip dan juga rupa paras saya,” katanya.
Jika dahulu dia sering berfikiran positif, tetapi Hyoyeon mula mengubah pandangan terhadap situasi tersebut dengan mempertahankan diri.
“Mereka patut datang berjumpa saya. Biar cakap depan muka saya.
“Komen jahat mereka tidak layak dibalas. Bagaimana manusia boleh menjadi sejahat ini. Dulu saya tidak membaca semua komen itu tetapi sekarang tidak lagi.
“Kadang-kadang saya tertawa melihatnya dan tertanya-tanya apalah yang ada dalam fikiran mereka ketika menulis komen jelik tentang orang lain,” ujar Hyoyeon.