fbpx

EPL: Jurgen Klopp akui Darwin Nunez layak dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ dilayangkan kad merah selepas menanduk muka pemain Palace menyebabkan dia berdepan penggantungan tiga perlawanan. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez mungkin mahu melupakan penampilan sulung di Stadium Anfield selepas dilayangkan kad merah ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pengadil perlawanan, Paul Tierney tidak teragak-agak meng­arahkan penyerang Uruguay itu meninggalkan padang selepas dia menanduk muka pemain pertahanan Palace, Joachim Ander­sen pada minit ke-57.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp mengakui, pemainnya itu layak menerima layangan kad merah selain menggesa Nunez supaya menjaga sikap serta tingkah laku pada perlawanan akan datang.

“Sudah tentu tindakan seperti itu layak menerima layangan kad merah. Semua orang tahu dia berdepan provokasi sepanjang perlawanan, namun tindak balas seperti itu tidak patut dilakukan.

“Darwin (Nunez) sendiri tahu dia tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Semua pemain pertahanan akan melakukan provokasi, tetapi reaksi tersebut ke­terlaluan, jadi saya akan bercakap dengannya mengenai perkara tersebut,” katanya.

Menerusi layangan kad merah yang diterima, Nunez berdepan penggantungan tiga perlawanan dan tidak akan beraksi pada perlawanan penting menentang Manchester United di Old Trafford minggu depan.

Pada perlawanan tersebut, Palace mengejutkan Liverpool apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi Wilfried Zaha pada minit ke-32 sebelum Luis Diaz menyamakan kedudukan selepas melakukan gerakan solo menarik di separuh masa kedua.

“Saya gembira dan bangga untuk bangkit mendapatkan satu mata kerana kami berdepan beberapa isu kecederaan pemain. Sebenarnya, kami mahukan tiga mata, namun selepas apa yang berlaku, saya berpuas hati de­ngan keputusan ini,” ujar Klopp.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI