fbpx

Amni terkilan gagal kongsi pingat emas SUKIPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosita Lua ketika melakukan aksinya hari ini

TANJUNG MALIM – Atlet Universiti Malaya, Amni Mohammad Naqib kecewa apabila impiannya untuk berkongsi pingat emas dalam acara lompat tinggi pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2022) tidak kesampaian.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, Amni dan atlet tuan rumah, UPSI, Rosita Lua Anak Jabing gagal melepasi ketinggian 1.62 meter dalam tiga kali percubaan lompatan.

Bagaimanapun, pegawai pertandingan menuntut perlawanan tersebut diteruskan dalam penentuan jump off meskipun kedua-dua atlet tersebut bersetuju untuk berkongsi pingat emas pada SUKIPT 2022.

Rosita diumumkan sebagai pemenang selepas melepasi ketinggian 1.54m manakala Amni gagal melakukannya dan akur meraih perak selepas melakukan lapan lompatan jump off dalam perebutan pingat emas tersebut.

“Saya kecewa kerana jika peserta bersetuju untuk berkongsi pingat dan pegawai pertandingan perlu bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Tetapi mereka (pegawai pertandingan) tidak membenarkan dan mengarahkan untuk mengikuti peraturan ditetapkan. Kami tiada pilihan dan meneruskan jump off hingga mengalami kecederaan kerana kaki juga bengkak.

“Saya agak tertekan kerana mereka tak dengar apa atlet mahukan. Apapun saya terpaksa terima kerana ini kalah atau menang adat pertandingan.

“Ini SUKIPT pertama saya dan kecewa gagal meraih pingat emas buat Universiti Malaya. Jika diikutkan saya mahu pecah rekod peribadi dengan catatan 1.60m. Saya harap dapat lakukan di Sukan Malaysia (SUKMA) nanti,” kata atlet berusia 19 tahun tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI