PETALING JAYA – Menyapu air mani pada wajah tidak memberi kesan untuk menjadikan kulit muka kelihatan berseri dan tenang.
Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsian video menjelaskan, air mani sememangnya mengandungi pelbagai kandungan.
“Kandungan terdapat di dalam air mani seperti vitamin C, zink, fosforus, magnesium, potassium dan antioksidan.
“Bagaimanapun air mani tidak berkesan untuk menjadikan muka tenang dan glowing (berseri),” katanya menerusi perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya menjaga pemakanan dan menggunakan produk penjagaan kulit yang bersesuaian. -KOSMO! ONLINE