fbpx

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye diberi sambutan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan melakukan pertemuan empat mata bersama Erdogan pada Sambutan Negara di Istana Presiden, semalam.

ANKARA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Kompleks Presiden di sini semalam sebelum diberi Sambutan Negara sempena lawatan baginda selama tujuh hari ke Turkiye.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 5.30 petang (waktu tempatan) disambut oleh Presiden Turkiye,  Recep Tayyip Erdogan.

Baginda menerima tabik hormat daripada Pasukan Pengamanan Presiden diiringi lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan Turkiye ‘Istiklal Marsi’ serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Tunku Azizah turut dipersembah jambangan bunga daripada dua kanak-kanak sebagai mengalu-alukan keberangkatan Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah, yang diiringi Erdogan, kemudian berkenan memeriksa perbarisan pasukan kawalan kehormatan serta diperkenal kepada barisan Kabinet pemerintah Turkiye.

Turut hadir Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pegawai Pengiring Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin; Ketua Protokol Kementerian Luar, Aini Mohd Atan dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.

Semasa di Ankara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan di Istana Presiden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI