fbpx

4,053 pegawai KKM diserap lantikan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 4,053 Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi berjaya ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemakluman keputusan pengambilan secara tetap bagi Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dibuat pada 15 Ogos lalu, manakala Pegawai Perubatan pula dibuat pada 16 Ogos lalu.

Beliau berkata, pelantikan secara tetap ini adalah selaras keputusan kerajaan yang prihatin dengan keperluan sumber manusia KKM.

“Antara kriteria pengambilan ini ialah prestasi semasa latihan siswazah atau khidmat wajib, laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) dan juga penilaian semasa temu duga.

“Pecahan 4,053 pegawai yang berjaya membabitkan 3,215 Pegawai Perubatan, 438 Pegawai Pergigian dan 400 Pegawai Farmasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pegawai yang berjaya boleh memuat turun surat tawaran pelantikan secara tetap daripada portal Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) SPA mulai 29 Ogos depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI