fbpx

Tunang lesap bersama wang RM27,000 sehari sebelum berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua pasangan itu sepatutnya dijadualkan berkahwin di Rom pada keesokan harinya. – Getty Images

LONDON – Seorang bakal pengantin berputih mata apabila ditinggalkan tunangnya di lapangan terbang sehari sebelum majlis perkahwinan mereka, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Lebih malang kerana wanita tersebut turut melarikan bagasi miliknya serta wang tunai berjumlah £5,000 (RM26,975).

Pasangan berumur dalam lingkungan 40-an itu dikatakan memberitahu kakitangan Lapangan Terbang Heathrow di London bahawa mereka akan menaiki penerbangan ke Rom, Itali untuk berkahwin selepas bertunang pada hari sebelumnya.

Namun, ketika lelaki berkenaan pergi ke tandas buat seketika, teman wanitanya melarikan beg pakaian dan lesap bersama semua barangan yang ada.

Lelaki yang dikatakan rakyat Britain itu kemudian memberitahu kakitangan Terminal 5 bahawa wanita berkenaan turut melarikan wang tunai £5,000 (RM26,975) yang diberikan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

“Kedua-dua mereka baru sahaja berkenalan dan lelaki itu benar-benar menjadi ‘gila bayang’. Dia melamar teman wanitanya sehari sebelum kejadian dan lamaran itu diterima,” kata seorang individu.

Tambahnya, kakitangan lapangan terbang turut membantu mencari wanita berkenaan, namun gagal ditemui. Tidak dapat dijelaskan sama ada dia telah menaiki penerbangan lain atau keluar dari lapangan terbang tersebut.

“Akhirnya, mereka menghubungi polis. Nama sebenar wanita itu turut diragui,” kata individu tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Metropolitan London mengesahkan ada menerima panggilan mengenai kes itu dan siasatan sedang dijalankan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI