fbpx

Tiada kes ajaran sesat Hadi Minallah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi.

SHAH ALAM – Tiada kes sebaran ajaran sesat Hadi Minallah yang dikesan sekitar Selangor, setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya telah memula memantau ajaran tersebut sejak Februari lalu sekiranya terdapat usaha mempengaruhi masyarakat di negeri ini.

Katanya, masyarakat diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah ajaran sesat itu yang akhirnya menjejaskan benteng akidah umat Islam sendiri.

“Setakat ini, didapati belum ada kes sebaran ajaran Hadi Minallah di sekitar Selangor.

“Masyarakat wajar berwaspada terhadap ajaran-ajaran yang berlegar di sekitar mereka, terutama yang berkait tiga perkara utama yang menjadi tiang kepada umat Islam iaitu pertama, soal keesaan Allah SWT diikuti keimanan dan ketiga soal sam’iyyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, sekiranya terhadap mana-mana ajaran yang bertentangan tiga prinsip utama tersebut hendaklah ditolak secara total oleh umat Islam.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah mengenal pasti lokasi pusat operasi Hadi Minallah.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI