fbpx

Sofbol lelaki, wanita Politeknik juara SUKIPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Politeknik berjaya membawa pulang dua pingat emas dalam acara sofbal pada SUKIPT 2020.

TANJUNG MALIM – Politeknik Malaysia ‘mengamuk’ selepas membolot dua pingat emas dalam acara sofbol di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 menerusi pasukan lelaki dan wanita mereka hari ini.

Pasukan sofbol wanita Politeknik dilihat berpuas hati dengan pencapaian mereka apabila berjaya lunas dendam dengan menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam aksi final.

Pada edisi lalu pasukan tersebut terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas pada lawan yang sama di perlawanan akhir SUKIPT 2018.

“Saya rasa sangat gembira kerana kami berjaya membalas dendam kalah di perlawanan akhir pada edisi lalu kepada UiTM.

“Kalau diikutkan pasukan yang bertanding kali ini lebih ampuh berbanding sebelum ini. Malah kami juga sudah bersedia sepenuhnya untuk SUKIPT kali ini.

“Jadi saya rasa itu merupakan antara kunci kepada kemenangan kami pada hari ini,” kata kapten pasukan sofbol wanita Politeknik, Nur Aishah Khairul Anuar.

Pasukan lelaki Politeknik menjelmakan emas kedua selepas berjaya mengesahkan kejuaraan dengan menewaskan pasukan tuan rumah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun, Politeknik tidak diberi laluan mudah oleh UPSI apabila menang tipis 5-4 pada perlawanan akhir di Padang Istiadat, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

Kejayaan yang diraih pasukan lelaki Politeknik itu sekaligus berjaya memperbaiki pencapaian pada edisi 2018 apabila menamatkan saingan dengan meraih pingat gangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI