fbpx

RM96,000 lesap angkara janji manis rakan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian RM96,000 apabila termakan janji manis teman wanita yang dikenali sejak 30 tahun yang lalu.

Mangsa yang berusia 69 tahun dikatakan terpedaya dengan helah wanita berusia 40-an itu yang kononnya untuk mendapatkan wang berjumlah RM1.4 juta dari luar negara.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa juga mendakwa mengenali suspek namun terputus hubungan sejak 20 tahun lalu.

Namun jelasnya, pada tahun 2018 mereka bertemu kembali dan berjumpa di bandar Pontian sebelum mereka menjalinkan hubungan sebagai rakan bertaut kembali.

“Sepanjang tempoh mereka jumpa kembali, wanita itu meminta mangsa meminjamkan wang bagi tujuan pembayaran kepada peguam, cukai kepada bank dan lain-lain dengan mangsa dijanjikan akan mendapat sebahagian daripada RM1.4 juta itu.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa menyerahkan wang RM96,000 secara berperingkat bermula pada 2018 hingga 2020,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohammad Shofee.

Tambah Mohammad Shofee, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang bayaran yang dijanjikan dan suspek juga telah menghilangkan diri selain tidak dapat dihubungi lagi.

“Mereka mereka berdua telah lama berkawan, bukan pasangan kekasih hanya kawan biasa, tetapi berjumpa semula pada tahun 2018 dan ketika itulah hubungan mereka bersambung kembali,” ujarnya.

Jelasnya, menyedari mangsa telah ditipu oleh teman wanitanya, dia telah membuat laporan Polis di Balai Polis Pontian di sini semalam bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan wanita tersebut

“Kes akan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga ( 10 ) tahun dan sebatan juga denda,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI