fbpx

Ratusan lebah hinggap pada jambang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johny membiarkan kawanan lebah hinggap pada bahagian jambang, wajah, dada dan tangannya. - @jarhoneyofficial/Caters News

BEIRUT, LEBANON – Seorang lelaki di Lebanon menjadi perhatian ramai apabila membiarkan beratus-ratus ekor lebah hinggap pada jambangnya langsung  tanpa rasa takut disengat serangga  itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Johny Abou Rjeily memuat naik klip video memaparkan kawanan lebah hinggap pada jambang, wajah, dada dan tangannya.

Aksi penjual madu lebah JAR Honey itu bertujuan untuk  memberitahu orang ramai mengenai kepentingan memulihara populasi lebah madu.

“Pasukan penternak lebah dan jurutera pertanian profesional kami mengetengahkan pengetahuan saintifik dan semangat alam sekitar untuk menghubungkan manusia dan  lebah.

“Misi kami adalah untuk mengembangkan populasi lebah madu ke  luar Lebanon, dan dalam masa sama,  mewujudkan dunia yang lebih selamat serta sihat,” kata Johny menerusi laman TikTok rasmi syarikatnya, @jarhoneyofficial.

Tambah Johny, syarikatnya turut berusaha untuk memerangi pengunaan racun makhluk perosak, racun kulat, sisa toksik dan perubahan iklim.

“Kami bekerjasama dengan jurutera pertanian, doktor haiwan dan  makmal penyelidikan bagi menyelamatkan lebah, menapis madu, melatih penternak serta dalam masa yang sama,  menjadikan planet ini sebagai tempat  lebih baik, selamat dan bersih,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN