fbpx

Pusat Selaman Skuba Terengganu bakal terima penarafan penggredan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyelam skuba yang melakukan aktiviti riadah itu di perairan Pulau Bidong, Kuala Nerus baru-baru ini.

KUALA NERUS – Perkhidmatan semua pusat selaman skuba di Terengganu bakal diperkasa dengan penarafan penggredan pada masa terdekat.

Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata, inisiatif tersebut bertujuan bagi menonjakkan lagi prestij Terengganu sebagai lokasi aktiviti selaman skuba terkemuka di negara ini.

Beliau berkata, penarafan penggredan berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi kriteria tertentu ditetapkan.

“Penarafan penggredan tersebut menambah keyakinan lebih ramai peminat selaman skuba untuk memilih Terengganu bagi melakukan aktiviti tersebut.

“Ia juga motivasi buat pengusaha pusat selaman skuba bagi menawarkan perkhidmatan berkualiti dan meningkatkan tahap keselamatan,” katanya di sini hari ini.

Fadli Yusof berkata, buat masa ini, tiada kawal selia terhadap kira-kira 50 pusat selaman skuba yang beroperasi di Terengganu.

Sehubungan itu, beliau berkata, penarafan penggredan tersebut bakal menjadi rujukan prosedur operasi standard (SOP) yang meningkatkan imej pusat selaman skuba negeri ini di mata dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI