fbpx

Projek Mara Digital diteruskan – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) menanyakan sesuatu kepada seorang peniaga Mara Digital di ibu negara malam tadi.

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarahkan untuk meneruskan kesinambungan projek Mara Digital bagi membuka peluang kepada anak muda bumiputera terus terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengarahkan Mara untuk berbuat demikian selepas melihat peniaga Mara Digital mampu meneruskan pernigaan susualan jualan semakin meningkat.

“Mara Digital sangat dekat dihati saya. Ia diwujudkan bagi membangunkan usahawan bumiputera dalam bidang IT dan gajet samada menjual produk, baik pulih dan lain-lain.

“Beberapa Mara Digital telah diwujudkan seperti di Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan beberapa tempat yang telah dikenal seperti di Larkin, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching serta Kota Kinabalu,” katanya dalam satu hantaran Facebook malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, Mara Digital telah ditutup dan projek baru tidak dapat diteruskan selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Terdahulu, Ismail Sabri bersama Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat tinjauan mengejut di Mara Digital Kuala Lumpur bagi melihat keadaan peniaga di sana.

“Alhamdulillah dalam tinjauan itu peniaga memaklumkan masih mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat.

“(Mereka) cuma memerlukan sokongan daripada Mara seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain,” jelasnya.

Pembukaan Mara Digital sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan oleh Ismail Sabri yang ketika itu merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI