fbpx

Jokowi sasar 38 empangan siap dibina akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOKOWI berkata pihaknya menumpukan kepada pembinaan infrastruktur pertanian sejak 2015. - ANTARA FOTO/HO-Biro Pers Setpres/tom

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyasarkan sebanyak 38 buah empangan siap dibina di Indonesia menjelang akhir tahun ini, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Beliau turut menyasarkan sebanyak 61 empangan siap dibina di negara itu pada 2024.

Jokowi  memaklumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis penganugerahan ketahanan beras dari Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) kelmarin.

“Seingat saya, 29 empangan besar telah dirasmikan dan pada tahun ini, manakala sebanyak 38 empangan akan siap dibina pada 2022. Menjelang 2024, kita akan siapkan sekitar  61 empangan,” kata Jokowi.

Selain empangan, Jokowi juga menyasarkan pembinaan 4,500 kolam takungan air. Katanya, sejak 2015, pemerintah telah menumpukan usaha kepada pembinaan infrastruktur pertanian.

“Kami telah membina banyak empangan, kolam takungan air dan rangkaian pengairan. Kami telah membina 1.1 juta rangkaian pengairan sejak tujuh tahun lalu,” katanya.

Dengan cara itu, Jokowi berharap pengeluaran beras di Indonesia akan terus meningkat. Dari 2019 hingga 2021, pengeluaran beras mencecah 31.3 juta tan.

Justeru menurutnya, Indonesia layak dianugerahkan anugerah jaminan makanan beras oleh IRRI.

“Peningkatan dan konsistensi ini adalah apa yang saya dapati dilihat oleh FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia  Bangsa-Bangsa Bersatu) dan IRRI kerana ia adalah angka sebenar,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI