PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan bahawa isu lambakan jemaah umrah yang dihadapi negara ketika ini adalah di luar bidang kuasa kementerian tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tanggungjawab untuk mengendalikan umrah adalah tertakluk kepada syarikat dan jika pelanggaran syarat dikesan maka, tindakan juga boleh diambil.
Beliau berkata, individu yang memilih untuk mengerjakan umrah sendirian dengan menggunakan visa pelancongan adalah di luar bidang kuasa MOTAC dan mereka boleh membuat pilihan sendiri. – KOSMO! ONLINE