fbpx

Hukum harus ubatkan kemaluan jika berpenyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Idrus

PETALING JAYA – Hukum mengubati, membesar atau memanjangkan kemaluan bagi lelaki adalah harus sekiranya mempunyai penyakit serius terutamanya mati pucuk.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, jika niat untuk perubatan maka hukumnya harus, namun sekiranya niat untuk bersama pasangan dan bertahan lama hukumnya adalah haram.

“Ada orang tanya berkenaan panjang dan besarkan kemaluan, tuhan buat dah elok kecuali kemaluan itu cacat kecil sebesar lidi RXZ dan buat pembedahan bagi normal, itu dipanggil rawatan dan hukumnya harus.

“Nabi juga sebut, rawatlah jika ada kekurangan. Ini dah elok dah tapi nak ubah dan nak lagi besar. Orang yang dilaknat adalah orang yang mengubah ciptaan Allah,” katanya dalam video ceramahnya sebelum ini.

Katanya, jika ada penyakit seperti mati pucuk serta kemaluan terlalu kecil, jika niat itu untuk berubat dan merawat itu dibenarkan.

“Sama juga kepada kaum wanita, contohnya membesarkan payudara tidak boleh, kalau buat pembedahan kalau kemalangan itu tidak mengapa.

“Kalau kemalangan dan payudara itu cedera dan merawat kecederaan itu tidak mengapa tapi kalau tujuan ksometik dan ingin mencantikkan payudara itu adalah haram,” tambahnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI