fbpx

EPL: Erik Ten Hag naik angin denda pemain Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED tidak mampu lagi untuk tewas ketika bakal berdepan Liverpool minggu depan. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengarahkan semua pemainnya untuk turun menjalani latihan tambahan semalam ketika mereka sepatutnya bercuti rehat hari minggu selepas aksi menentang Brentford.

Kekalahan memalukan 0-4 kepada Brentford kelmarin dikatakan menjadi punca sesi latihan tambahan berkenaan diadakan oleh pengendali dari Belanda selepas melabelkan persembahan pasukannya sebagai ‘sampah’ pada aksi berkenaan.

Ketika United Kingdom ketika ini dilanda cuaca panas luar biasa, Ten Hag mengarahkan para pemainnya berlari dengan jumlah keseluruhan kira-kira 13.6 kilometer pada sesi latihan ber­kenaan ketika suhu mencecah 30 darjah Celsius.

Difahamkan, pasukan kejurulatihan United sudah menyatakan kebimbangan mengenai kesungguhan beberapa pemain mereka ketika menjalani latihan minggu lalu sekali gus menjadi punca kemerosotan teruk aksi ketika menentang Brentford.

Ten Hag dilaporkan tiba paling awal di pusat latihan mereka di Carrington sebelum memulakan sesi latihan tambahan berkenaan selepas berang dengan kekalahan kedua berturut-turut apabila berdepan kekalahan pada aksi pertama di Old Trafford ketika menentang Brighton.

Prestasi berkenaan menjadikan Ten Hag adalah pengurus United kedua yang mengalami dua kekalahan berturut-turut pada awal musim selepas John Chapman yang dilantik mengemudi pasukan itu kira-kira 100 tahun lalu pada 1921.

United bakal berdepan tugas berat untuk aksi seterusnya apabila dijadual turun menentang Liverpool di Old Trafford pada 23 Ogos ini dan kekalahan hanya akan meletakkan Ten Hag dalam tekanan yang memuncak. – AGENSi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI