AKTRES jelita Ananya Panday secara terbuka mengaku menyukai anak kepada pelakon tersohor Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan.
Malah menurut Ananya, dia turut menjadikan Aryan sebagai kriteria lelaki idamannya untuk dijadikan sebagai teman lelaki.
Pendedahan tersebut dilakukan aktres muda itu ketika dijemput menjadi tetami dalam program Koffee With Karan 7 baru-baru ini.
Pengacara rancangan tersebut iaitu pengarah, Karan Johar bertanyakan pendapat pelakon berusia 23 tahun itu tentang anak sulung, Shah Rukh Khan iaitu Aryan.
“Bagaimana pendapat kamu tentang Aryan?” soal Karan.
Mendengar soalan tersebut, Ananya kemudian mengaku suka dengan lelaki berusia 24 tahun itu.
“Dia (Aryan) kacak dan baik. Saya mengaku bahawa saya menyukai dia,” kata Ananya.
Ketika disoal kembali kenapa dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Aryan, Ananya kemudiannya menyuruh Karan untuk bertanyakan sendiri soalan sama kepada anak Raja Bollywood itu.
“Tanya sendiri Aryan, kenapa kami tidak bercinta,” jawabnya.