fbpx

Aliff Syukri jual akaun Instagram RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar InstaStory Aliff Syukri hari ini.

PETALING JAYA – Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000.

Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini.

Terdahulu, Aliff memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada keluarganya serta orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.

Sehubungan itu, tinjauan Kosmo! di akaun sosial miliknya dapat dilihat tiada sebarang hantaran di kongsikan lagi dan gambar serta video sebelum ini juga telah dipadam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI