fbpx

UUM sapu empat emas golf SUKIPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR MAISARA menyumbang dua emas buat UUM selepas menguasai acara individu dan berkumpulan gross pada saingan SUKIPT sebentar tadi.

TANJONG MALIM – Pasukan golf Universiti Utara Malaysia melakukan kejutan apabila menyapu empat pingat emas pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 sebentar tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melepasi sasaran kontinjen UUM apabila universiti dari Sintok, Kedah itu hanya meletakkan dua pingat emas pada temasya edisi kali kelima tersebut.

Pada saingan tersebut, Muhammad Ikhmal Basry dan Nur Maisara Saad masing-masing menuai emas dalam acara individu gross lelaki dan gross wanita.

Kedua-dua atlet berkenaan turut melakukan kejutan apabila menambah dua lagi pingat emas lagi dalam acara kumpulan gross dan kumpulan net.

Jurulatih golf UUM, Wan Rosni Wan Chik berkata, dia tidak menjangkakan pasukannya mampu menjadi juara keseluruhan ketika pasukan lain turut menghantar barisan atlet terbaik.

“Sebenarnya pada edisi kali ini kita meletakkan sasaran untuk memburu dua pingat emas namun Ikhmal dan Nur Maisara mempamerkan persembahan cukup baik.

“Kedua-dua mereka perbaiki catatan terbaik mereka untuk memastikan pingat emas menjadi milik UUM pada edisi kali ini,

“Saya berbangga dengan pencapaian mereka semua dan saya harap akan ada kejayaan yang lebih baik mampu dicapai mereka di pentas lebih tinggi,” kata Wan Rosni.

Lebih menarik, selain dua emas, UUM turut berjaya meraih tiga perak dan satu gangsa ketika bersaing di Kelab Golf Bukit Beruntung.

Sementara itu, penuntut Universiti Malaya, Ahmad Hafiz Selamat berjaya meraih pingat emas dalam kategori individu net lelaki. Manakala, Evelyn Yeoh Xiao Yan dari Sunway University mengondol pingat emas dalam kategori individu net wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI