fbpx

PSG nafi Kylian Mbappe tidak gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) dilihat cuba mengelak meraikan jaringan gol dilakukan ketika menentang Montpellier sehingga mencetuskan spekulasi dia tidak gembira di PSG. – AFP

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier menafikan pe­nyerangnya, Kylian Mbappe tidak gembira dengan pihak pengurusan sebaliknya meng­anggap penyerang muda itu belum cergas sepenuhnya selepas menyaksikan pasukan menang 5-2 ke atas Montpellier awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Mbappe yang membuat kemunculan dalam kesebelasan utama buat kali pertama musim ini telah menjaringkan satu gol buat PSG, tetapi dia gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pada awal babak pertama.

Sementara itu, Neymar muncul wira pasukan selepas meledak dua gol dengan satu lagi jaringan sumbangan Renato Sanches, manakala pertahanan Montpellier meledak gol sendiri untuk memastikan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah.

Kata Galtier, Mbappe yang enggan meraikan jaringan yang dibuat percaya pemain ber­usia 24 tahun itu masih belum cergas sepenuhnya dan kecewa dengan prestasi peribadi selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Kali terakhir Mbappe ber­aksi adalah tiga minggu lepas dan sudah tentu dia tidak berada pada tahap fizikal yang terbaik. Mbappe adalah seorang pejuang dan saya menafikan dia ada masalah peribadi de­ngan barisan pemain, kejurulatihan atau pihak pengurusan,” katanya.

Sementara itu, pemain te­ngah PSG, Marco Verratti percaya apa yang dipamerkan oleh Mbappe merupakan sesuatu yang normal kerana dia sentiasa berikan seratus peratus di atas padang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI