fbpx

Luahan pembaca: Rakyat Malaysia mungkin lupa kibarkan Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SAUDARA PENGARANG,

DALAM tempoh 16 hari lagi, negara akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65. Ini bermakna, sudah 65 tahun kita menikmati kebebasan sebagai sebuah bangsa yang merdeka.

Pada 29 Julai lalu, kerajaan turut melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di seluruh negara sebagai menyemarakkan lagi semangat merdeka dalam kalangan rakyat negara ini.

Bertemakan Keluarga Malaysia, sambutan tahun ini dianggap cukup istimewa selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran bagi mengawal penu­laran Covid-19.

Bagaimanapun, kemeriahan dan semangat merdeka yang kita inginkan dilihat masih gagal di­terjemahkan oleh sebahagian rakyat negara ini.

Kemeriahan mungkin hanya dilihat di bangunan-bangunan kerajaan atau sekolah-sekolah apabila Jalur Gemilang dipasang di setiap sudut bangunan.

Ia berbeza dengan keba­nyakan premis perniagaan atau bangunan-bangunan komersial yang masih tidak memasang Jalur Gemilang seperti sebelum-sebelum ini.

Kehadiran Bulan Kebangsaan yang diraikan sekali dalam setahun seperti tidak memberi makna kepada segelintir rakyat kita.

Mereka mungkin lupa, atau terlalu sibuk memikirkan untuk mencari rezeki. Di jalan-jalan raya, kita juga kurang melihat kereta dihias dengan Jalur Gemilang. walaupun hanya satu.

Malah, program-program berkaitan juga tidak banyak diketengahkan terutama yang melibatkan penyertaan orang ramai.

ANAK MERDEKA,
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI